About Me

Monday, February 15, 2016

...TER ola bola...

tertonton tanpa sengaja.
haaa....
itulah al-kisahnya.

saya ni dah lama giler kot tak tengok wayang.
last time saya pergi wayang masa filem The Journey.
cerita tu tahun 2013 kot.
Polis Evo pun saya tak tengok!
lol

tetiba teringin nak tengok wayang.
lagipun dapat voucher tiket.
huhuhuu...

dah sampai kaunter saya tanya staf cerita apa yang best.
dia suggest Ride Along 2 sebab best sangat.
The Boy tak best sebab cerita seram tapi slow.
saya ikut je suggestion dia.
bila dah masuk nak tengok cerita tu ada technical problem.
projector tak boleh nak appear gambar kat skrin.
sebab dah lebih setengah jam tak settle problem tu, so staf TGV kata boleh refund atau tukar cerita lain.

semua cerita macam tak menarik hati.
tapi sebab nak tengok jugak, saya decide nak tengok Ola Bola.
cerita tu keluar 28 januari.
saya pergi 29 januari. 
masa tu tak heboh lagi pasal cerita tu.

kat dalam wayang pun tak ramai sangat.
separuh penuhlah tapi.
sempat saya search kat twitter.
ramai yang kata Ola Bola best.

bila dah tengok... fuhh... memang tak rugi saya tertonton tanpa sengaja.
yang buat mata saya tak berkelip:
1. chow kwok keong aka tauke. indahnya ciptaan Tuhan. ahahahhahahhaaa... 
2. suasana tahun 80-an tu real beb. real..!!
3. cinematography yang sangat sangat sangat cantik.
4. gelagat team bola yang macam-macam. tauke, ali, muthu, abu, cai, eric.. lawak - sedih - gaduh - complete.
5. makin nak ke penghujung cerita perasaan makin bergelodak dalam hati. 
6. tak sangka tengok cerita bola boleh menangis. tacing beb. adehhh.. 

balik rumah masih terbayang-bayang cerita tu.
rasa macam nak tengok lagi.
tapi tak ada masa pulak.
tapi cuba jugak set time nak tengok lagi.
12 februari plan nak tengok lepas habis shooting dengan majalah nur.
shooting kat studio karangkraf untuk segment novelis memasak.





saya - hezzy azra - nurul syahida - azza (wartawan majalah nur)
tapi siapa sangka... masa nak ke studio tu saya nampak seseorang!
saya nampak tauke! 
tauke yang berlakon cerita Ola Bola tu la!

lepas tu masa tengah shooting tu terperasan seseorang kat luar studio.
ya Allaahhh...!!
saya nampak ali pulak!
rupa-rupanya diorang pun ada shooting jugak.
diorang shooting kat studio sebelah!
nampak tak..?? 
kalau dah jodoh tu tak ke mana.
ahahahahhahhaaa....

saya dengan kak hezzy dah soksek bercakap pasal pelakon Ola Bola tu.
punyalah excited sampai saya termelatah sebut nama ali.
kah kaahhh kahhh...
sebab ali ni asyik ulang alik depan studio tempat kita orang shooting.
tu yang sampai termelatah tu.
lol

dah habis shooting saya dengan kak hezzy dengan muka tebal pergi studio diorang minta permission ambil gambar.
subhanallah... 
berdebar saya bila bertentang mata dengan kwok keong.
kah kaahhh kaahhhh....



chow kwok keong aka tauke atau nama di luar ola bola jc chee. ok melting jap. lol 
ali ni... lesung pipit dia... haiihh... keh keh kehh... :P
nama sebetul dia luqman hafidz. 
habis shooting saya bergegas pergi sunway pyramid.
dah janji dengan member jumpa kat sana nak tengok Ola Bola.
sampai sana pukul 12.15 tengah hari.
dukacita dimaklumkan showtime pukul 2 dah sold out. 
pukul 4.30 pulak tinggal barisan paling depan.
perghhh....
hari jumaat kot.
ingatkan boleh walk in je beli tiket.
ni hari jumaat tapi dah macam weekend pulak.
nampaknya terpaksa cari hari lain la.

okey memang frust.
tapi tak frust sangat sebab dah dapat jumpa tauke dengan ali.
senyum je sepanjang hari. 
kuh kuhh kuhhh...

~end~

No comments: