About Me

Saturday, July 2, 2016

...pertembungan paling DAHSYAT...

bila dapat tahu jerman berdepan dengan itali untuk quarter final, mula rasa tak syok.
oh sorry...
ni cerita pasal bola kalau nak tahu.
UEFA EURO 2016.
ehehheee...

sebagai penyokong tegar jerman since michael ballack jadi caption, setiap kali world cup atau euro, saya memang excited tengok game jerman.
keistimewaan jerman terletak pada teamwork.
bukan individual skill.
permainan yang cantik dengan passing accuracy sangat tinggi.
paling tinggi kalau nak banding dengan team lain.
bila passing cantik control ball pun cantik la.

kalau kita tengok balik dari peringkat group, jerman dalam group C bersama ukraine, poland & northern ireland.
sampai la peringkat round of 16 lawan dengan slovakia, jerman tak pernah kalah dan tak pernah bolos.
wow..!!

tapi tanpa disangka-sangka untuk peringkat quarter final jumpa itali pulak.
maigosshhh..
terlalu awal bertembung dengan itali ni.
ni kira dah macam final patutnya.

untuk rekod, jerman tak pernah menang menentang itali di peringkat antarabangsa.
kira macam badi la.
jumpa itali je kalah.
bila kalah je jumpa itali.
adomaakk..

tapi!
tapi!
sebelum euro tournament ni bulan mac hari tu jerman buat friendly dengan itali.
jerman menang 4 - 1 okey!
so macam ada harapan jerman nak menang awal pagi nanti pukul 3.00.
mungkin ada yang kata setakat friendly itali saje je tu.
nope nope nope.

setakat ni jerman satu-satunya team yang tak pernah bolos.
itali ada kalah sekali dengan republic of ireland.
so dari situ kita nampak pertahanan itali ada rapuh sikit walaupun buffon tu legend keeper.
neuer tu pulak boleh tahan rekod dia.
antara keeper terbaik. 
tangan dia macam ada magnet.
huhuhuu...

ni sekadar pendapat saya.
nak buat ramalan saya tak pandai.
macam-macam nombor yang keluar dalam otak saya ni.
dah tentu la saya nak jerman menang.
kaann...?

memang rekod pertemuan menyebelahi itali.
tapi jerman masih ada harapan berdasarkan prestasi semasa.
apa apa pun kita tengok jelah game pukul 3.00 pagi nanti.
GERMANY vs ITALY.
#GERITA



~end~

No comments: