About Me

Friday, May 5, 2017

...suasana di PBAKL part 1...

PBAKL sudah pun bermula sejak 28 April yang lalu.

Saya berada di sana bermula pada hari pertama iaitu Jumaat, Sabtu, Ahad dan juga Isnin.
Sepanjang 4 hari berada di sana, apa yang saya boleh katakan PBAKL kali ini tak semeriah 2 tahun lalu.
PBAKL tahun lepas tak boleh dibandingkan sebab dibuat di MAEPS Serdang.
Mungkin kerana cuti panjang sehingga hari Isnin membuatkan ramai yang ambil peluang bercuti atau pulang ke kampung.

Tapi walau macam mana pun, orang tetap ramai. 
Ramai juga yang membeli novel terbaru saya Isteri Acah-Acah.
Sempat juga menyain autograf dan bergambar.
Terima kasih kepada semua yang beli novel-novel saya, yang datang dari jauh semata-mata nak jumpa saya, yang sudi bergambar dan sudi berkenalan dengan saya.
So saya abadikan kenangan tu semua di sini.
Ini antara gambar koleksi saya dan yang ditag di Facebook.






























Saya akan berada di PWTC 3 hari terakhir sebelum PBAKL melabuhkan tirai.
Iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.
Nak beli novel-novel saya boleh la datang ke Dewan Tun Dr. Ismail.
Saya tunggu kat sana.

~end~

No comments: