About Me

Wednesday, May 17, 2017

...top 10 bestseller PBAKL 2017...

PBAKL 2017 berakhir dengan menyimpan seribu kenangan manis.
lebih manis lagi bila carta top 10 novel bestseller karangkraf dah keluar!
carta ni untuk novel alaf 21 dan buku prima yang bernaung di bawah label grup buku karangkraf.
jom kita tengok.


top 10 novel best seller PBAKL 2017

1. anding ayangan - ramlee awang murshid
2. kerana kasih - aisya sofea
3. isteri acah-acah - murni aqila
4. kakak kemboja - naim tamdjis
5. imaginasi - ramlee awang murshid
6. projek seram kolej - fazrin fauzi/zyra safiya/jessy mojuru
7. mannequin - illya abdullah
8. projek seram pokok - ebriza aminnudin/aziah zainal/syasya bellyna
9. jangan biar dia masuk II - anuar darwisy
10. raudhah - ramlee awang murshid

alhamdulillah syukur pada Mu ya Allah...
novel saya isteri acah-acah top 3 novel terlaris di PBAKL.
terkejut jugak mula-mula.
kita tahu sekarang ni trend novel thriller misteri seram menguasai pasaran.
tapi rupa-rupanya novel cinta pun masih lagi ada sambutan.
asalkan kita sungguh-sungguh buat yang terbaik, insya Allah rezeki tetap ada.

terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya.
terima kasih banyak-banyak.
tanpa anda semua siapa la saya.

dan tahniah kepada semua rakan novelis.
moga novel-novel kita semua laku keras terlajak laris.
kita usaha, kita dapat.
insya Allah...

so kalau nak baca novel isteri acah-acah boleh klik sini.
nak beli online klik sini.
atau boleh whatsapp ke 019-2297227.

~end~

No comments: