About Me

Friday, February 9, 2018

...tiada PENGGANTI...




ini kakak saya.
sejak mak abah bercerai, dia yg jaga saya.
masa tu umur saya 2 tahun.
keluarga jadi kucar kacir.
semua bawa haluan sendiri.
apa pun yg jadi, dia dukung saya dan nekad bawa hati yg terluka.

saya terlalu kecil ketika itu.
masih tak faham apa yg berlaku.
tapi saya jadi saksi.
walau kecewa, kakak saya sorok air mata dia.
dia pendam segala duka.

sesusah mana pun hidup, kakak saya sabar.
hati dia setabah rumput.
dipijak-pijak tapi tak pernah merungut.
sehingga la saya membesar dan mula faham keadaan sebenar.

sukarnya jadi anak terbuang.
dipandang sepi tak dipeduli.
adakala kami meluah rasa.. menangis sama-sama.
19 disember 2009 detik terakhir saya bergambar dengan kakak saya.
inilah gambarnya.

dan pada 9 februari 2010.. dia tinggalkan saya buat selama-lamanya.
sejak itu.. yg mendengar luahan hati saya bukan lagi dia.

~end~

No comments: