About Me

Tuesday, May 15, 2018

...coret-coret PBAKL 2018...

dah lebih 2 minggu PBAKL 2018 berlalu.
tapi saya baru sempat nak update. 
sebab terlalu busy. 
herherr...

lepas habis PBAKL saya balik johor nak mengundi pulak. 
dah habis PRU14 saya banyak urusan kena buat. 
maka inilah hari yang saya gunakan untuk update semuanya. 

PBAKL 2018 bermula pada 27 april hari jumaat. 
saya dengan penuh bersemangat mempromosikan novel JAMPI setiap hari! 
pada 1 mei stok novel JAMPI mula surut. 
malah dikhabarkan di gudang pun sudah habis. 
sedangkan baru hari selasa. 
ada lagi 5 hari sebelum PBAKL berakhir. 

mujur kak ziana yang merupakan penolong pengurus besar jualan karangkraf cari ikhtiar dengan mengambil stok yang sepatutnya dihantar ke kedai buku, tapi dibawa ke PBAKL. 
syukur alhamdulillah. 
stok bertambah dan dijangka mencukupi sehingga selesai PBAKL. 
ramai yang dapat beli novel JAMPI. 

tapi sambutan novel JAMPI terlalu luar biasa. 
hari sabtu tengah hari novel JAMPI habis licin. 
sayang sungguh. 
masih ramai yang tak dapat nak beli novel JAMPI. 
sedihnya... sob sob sob...

apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membeli novel JAMPI dan semua novel saya. 
kerana sambutan luar biasa inilah membuatkan novel JAMPI menduduki tempat ke 4 jualan buku dan novel terlaris di PBAKL 2018. 
terima kasih banyak-banyak. 

kenangan kita bertemu dan bergambar sepanjang PBAKL akan saya abadikan di sini. 
moga kita bertemu lagi di PBAKL 2019. 
insya Allah... 




































































































































~end~

No comments: