About Me

Thursday, December 20, 2018

...apa nak buat jika kanak-kanak tantrum?...

Tantrum adalah tingkahlaku agresif dan tanda "mengamuk" seseorang kanak-kanak apabila berlaku sesuatu.

Kenapa budak tantrum? Macam mana nak handle?

Apa yang kita patut elak buat bila dia tengah tantrum? Apa teknik psikologi kita boleh guna?

Tantrum biasa berlaku pada kanak-kanak umur 1-4 tahun yang melibatkan perasaan marah, kecewa, berguling, menjerit dan sikap negatif lain.

Biasanya, tantrum terjadi sebab:
1. Kanak-kanak tu nak kawalan pada sesuatu tapi tak dapat.
2. Kanak-kanak tu belum matang untuk ekspresikan rasa tak puas hati.

Kanak-kanak masih belajar untuk kawal dan uruskan emosi. Dia tak dapat nak nyatakan rasa hati, jadi dia kecewa dan marah.

Sebab kurangnya kosa kata untuk luahkan perasaan ni, maka dia akan tunjuk dengan tindakan fizikal dan verbal.

Tantrum ada dua jenis:
1. Internalised - merajuk, menyendiri, mengada.
2. Externalised - agresif, baling barang, jerit, guling.

Lain kanak-kanak, lain personalitinya. Maka cara tantrum pun berlainan. Tapi konsepnya tetap sama iaitu belum matang untuk ekspresikan rasa hati.

Jangan tertukar antara tantrum dan meltdown. Meltdown lebih pada situasi kanak-kanak yang ada kecelaruan perkembangan (e.g. Autisme), di mana otak dia terima input deria yang terlalu banyak (sebab ada sensory hypersensitivity) sehingga overwhelming dan dia "breakdown". Sensory overload.

Tak semua kanak-kanak ada tantrum. Tapi kalau berlaku, ia normal dalam perkembangan kanak-kanak.

Tantrum akan berkurangan seiring umur meningkat sebab semakin pandai urus emosi.

Tugas ibu bapa, keluarga dan guru adalah untuk memastikan beri respons tantrum mereka dengan betul.

Cara untuk kendalikan tantrum kanak-kanak:
1. Jangan beri perhatian/fokus pada tingkah laku negatif dia (guling, jerit dan lain-lain)

"Jangan menjerit boleh tak?"

"Apa baling-baling ni?"

Elakkan.

Fokus pada kenapa tantrum dan cuba fahami apa yang berlaku, apa yang dia nak sampaikan.

2. Jangan layan tantrum dia. Jangan beri benda positif untuk tenangkan atau distract.

Contoh:
Bila mengamuk, bagi favourite toy supaya dia tenang.

NO! JANGAN SESEKALI!

Nanti dia fikir cara untuk dapatkan sesuatu yang dia suka adalah dengan tantrum. "Negative reinforcement".

3. Jangan tinggikan suara atau marah dia pada tindakan negatif dia. Sebab nanti dia akan jadi lagi marah dan kecewa.

Detik tantrum ialah detik yang penuh emosi. Apa yang kita larang memang takkan masuk telinga. 

4. Beri dia masa untuk bertenang dan lega dulu. Baru kita tegur.

Melainkan dia dah sampai tahap membahayakan diri (hantuk kepala, baring bawah panas dan lain-lain) barulah kita masuk campur.

Kalau tak, biar je dulu, bagi dia peluang untuk tenangkan emosi dia. Peluang untuk dia belajar.

5. Duduk dengan dia dan ajak berbual selepas dah tenang.

Waktu ini, barulah rasional boleh masuk kepala dan bincang baik-baik. Dan waktu ini baru boleh tegur pasal tingkah laku negatif/agresif dia tadi. Bukan dengan nada marah, tapi dengan nada mendidik.

6. Kalau boleh, peluklah untuk bantu dia tenangkan diri dan dapatkan kehangatan kasih sayang. Belailah rambut. Ciumlah pipi.

Bagi mereka sedar yang mereka dihargai. Kita acknowledge rasa tak puas hatinya itu. Then perbincangan tu akan jadi lebih baik dan terkesan di hati dia. 

Yang penting, perlu sentiasa belajar dan belajar ilmu parenting, sebab tak ada satu cara pukul rata untuk semua.

Ilmu keibubapaan ialah seni.

*ilmu ni dikongsikan oleh pakar psikologi saudara Aiman Amri atau Aiman Psikologis. Menarik kan? Boleh follow beliau di facebook atau twitter.

~end~

No comments: