About Me

Saturday, April 11, 2009

...paDa kEtiKa itU...

Mungkin kerana cuaca. Ya, kerana cuaca!
Jika dianalisis dengan data-data yang terperinci, penyebabnya memang CUACA. Cuaca yang melanda dunia kita sekarang tak stabil.
Kadang-kadang panas terik yang membakarkan.

Kadang-kadang hujan ribut pula yang melanda.
Disebabkan faktor-faktor inilah maka Moon mengatakan CUACA lah puncanya.

Hari Khamis lepas, 9 April Moon ada shooting. Itu hari kedua sebenarnya.
Oleh kerana terdedah dengan cuaca yang tak menentu, Moon dilanda penyakit.
Hari Khamis itulah Moon dapat rasa sakit tekak yang semacam aje.
Hari Jumaat, keadaan makin teruk. Siap dengan pening kepala lagi.
Badan sekejap panas sekejap tak. Duduk dalam opis ada air-cond, rasa seram sejuk je.
Tekak yang sakit itu terasa perit bila menelan air liur.
Nak telan makanan pun rasa terseksa.
Aduh...

Mujur Moon tak ada kerja-kerja luar. Lepak kat opis ajelah.
Tapi disebabkan tak tertahan, Moon minta berehat dengan tenang lepas makan ubat.
Ubat pun cuma air badak dengan strepsils yang mengandungi vitamin C-100.
Kira okeylah tu...
Member-member opis suruh pergi klinik, tapi Moon degil.
Nak pergi petang lepas habis kerja jugak.

Balik kerja, terus pergi klinik.
Doktor buat check-up. Dia kata:
=> "Tekak awak bengkak dan bernanah. Ada jangkitan kuman."
=> "Awak ada demam. Panas jugak. 38 darjah celcius!"
=> "Makan ubat yang saya bagi dan banyakkan minum air."
=> "Balik nanti terus mandi, makan... Lepas tu baru makan ubat."

Bila fikir-fikir balik, cuaca tu cuma penyebab saja.
Yang bagi Moon sakit ni sebenarnya ALLAH.
Sakit kan nikmat? Hanya orang yang sakit aje tahu nikmatnya.
Yang sihat tetap akan sakit.
Yang muda juga pasti akan jadi tua, kecuali ajalnya awal.
Dalam dunia ni cuma ada dua pilihan saja; mati sebelum tua atau tua baru mati.

Mati sebelum tua - bersedia ke kita mati awal dengan pahala yang tak banyak mana ni?
Tua baru mati - banyak ke pahala kita masa tu? Atau perangai buruk masa muda susah nak dikikis kerana dah jadi tabiat?

Cuma ada sesuatu yang Moon fikir sekarang ni...
Bila umur Moon dah sampai usia pencen, apa Moon nak buat masa tu?
Impian Moon nak pusing satu dunia dengan orang yang tersayang sambil menikmati dan mensyukuri kekuasaan-NYA.

Tapi... dah banyak duit ke masa tu? Atau sampai ke usia Moon ke angka tu?


7 comments:

zakiah said...

Saudari Moon,

banyak-banyakkan berehat.
Moga cepat sembuh
akak sering hadir di laman saudari moon
membaca apa yang dikongsikan
gaya penulisan moon memang menarik... tak jemu membaca

jemputlah berkunjung ke laman akak yang serba sederhana...
perlu belajar untuk menjadi kreatif seperti saudari Moon

salam ukhuwah

sf said...

fuh, dah jadi artis! Bakal artis ni! hehehe. Emmm ... alahai tu maknanya kena banyak-banyak berehat. Dan yang paling penting kena belanja gua!

-Ain-Dak In- said...

alo...alo...
cian dio...
cian k moon.
cakit ek??
xpe..xpe..
nati dah mkn ubat sembuh la tu..
jgn culas ya....
huhuhu.....
nati kensel shooting..
huhuhu...

...: muRn! aQ!La :... said...

thx k.zakiah..
terharu dgn sikap prihatin akk.
jg atas pujian itu.
moon dah jengah blog akk.
cantik sgt.. ijau yg segar.
moga kita dpt eratkan lg silaturahim.
amin...

utk SF..
moon mmg kene byk berehat.
sbb nanti bile dpt manuskrip abg, bleh ngigau tido mlm jadinye.
time tu bukan stakat demam je..
bleh kena sawan skali.
seram btol!

si loli yg comel..
akk trus baik la baca komen awk.
ada bubuh antibiotik ke dlm tulisan tu? pergh...
yeah, yeah! dah sihat!

-Ain-Dak In- said...

ah k moon....
kita ada letak minyak pengasih...
tu sebab cepat sembuh..
abis la akk.....
pasni tido,makan,mandi wat ape2 je mesti igt loli...
ayokk..
tatau...
gasak la....
huhuhuhu...

zakiah said...

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog akak...

Bilakah moon akan berada di booth alaf 21 @ karangkraf di pwtc nanti?

akak bercadang untuk bawa anak2 pada jumaat pagi ini...

...: muRn! aQ!La :... said...

ape2 la Loli..
yg penting akk dah ok.
thx..
kalo akk sakit lg, bwk obat tu ek.
wakahaha...

k.zakiah..
kat pwtc nnti moon ada duty je.
jumaat, sabtu n ahad moon ada.
dtg la.. bleh kite jmp.
thx..