About Me

Wednesday, April 29, 2009

...sEmaLaM tEtaP diKenAnG...

Serius... Moon rasa penat yang amat. Penangan pesta buku memang menggeletarkan. Wakahaha... Hari terakhir berpesta Ahad lalu, Moon sampai kat rumah pukul 12.16 pagi. Lepas tutup booth malam tu, makan-makan dengan officemate. Walaupun penat dan mengantuk, tetap nak meraikan kegembiraan. Tu yang sampai rumah lambat.

Sampai rumah aje, aduh... longlai rasa tulang-temulang. Dalam hati masih terbayang-bayang peristiwa pahit manis di pesta buku yang berlangsung selama 10 hari. Ada banyak perkara yang masih melekat kuat di hati. Tapi yang memang tak mungkin Moon lupa antaranya:

Situasi 1

Masa tu Moon jadi casher di kaunter tingkat 2. Datang sepasang peminat Alaf membeli buku. Crowd agak ramai dan sampai beratur nak membayar.

Assistant casher: Kodnya **** dan **** (Dia baca kod buku yang ditampal di belakang buku).
Moon: (Punch kod yang dibacakan. Kemudian, keluarlah harga yang diset dalam sistem) Semua sekali RM** (Barulah Moon pandang orang yang hendak membeli buku tu)

Alangkah terkejutnya Moon kerana yang membeli buku tu seorang wanita yang kurang upaya. Dia cacat penglihatan. Di sebelahnya seorang lelaki yang Moon rasa senasib sepertinya, melihatkan gayanya yang hampir serupa. Jatuh sayu hati Moon masa tu. Kerana terkejut, Moon lupa novel apa yang dia beli. Entah siapalah yang melayannya memilih buku-buku yang nak dibeli.

Dia keluarkan dompetnya, lalu agak teraba-raba duit kertas yang ada di dalamnya. Moon ambil duit yang dihulurkan dan kemudian mengembalikan wang baki pada dia sebelum dia berlalu. Moon tak pasti macam mana dia boleh bagi duit yang sesuai dengan harga buku yang dibelinya. Dan Moon sampai sekarang terfikir-fikir, siapa yang membacakan novel tu untuk dia?

Hati Moon jadi sebak. Mereka yang sedemikian nasibnya masih kuat semangat mahu membaca. Tapi mereka yang ada penglihatan pula tidak peduli itu semua. Dunia, dunia...


Situasi 2

Moon masih sebagai casher di tempat yang sama, tapi pada hari yang berlainan. Customer yang membeli seorang gadis awal 20-an. Yang paling Moon tak boleh lupa, celak yang dipakai gadis ni agak tebal di kelopak dan bawah matanya.

Moon: RM28 semuanya.
Gadis itu pun mengeluarkan duit kertasnya.
Moon ketika itu kepala entah melayang ke mana. Moon tekan RM30. Jadi, bakinya RM2. Moon hulurkan pada gadis itu bersama resitnya sekali.
Gadis itu: Eh, tadi saya bagi RM50.

Moon terpinga-pinga pandang gadis itu. Kemudian Moon pandang Kak Saadiah yang jadi assistant Moon. Dia pun muka blur. Moon pulangkan jugalah RM22 pada gadis itu. Nak bersoal jawab, ramai yang tengah beratur nak bayar. Lagipun, Moon tengah pening-pening ayam lagi.
Lepas dah selesai dan keadaan kembali lengang, Moon tanya Kak Saadiah.

Moon: Akak... betul ke budak perempuan tadi bagi Moon RM50?
Kak Saadiah: Tulah... akak pun pelik juga.
Moon: Akak rasa dia bagi RM50 ke RM30?
Kak Saadiah: Akak rasa RM30. Tapi bila dia kata dia bagi RM50, akak tercengang juga.
Moon: Habislah, kak... Kaunter kita mesti short. (sambil rasa nak nangis)
Kak Saadiah: Janganlah risau, Moon. Bla... bla... bla... (ayat memujuk)

Ketika sembahyang maghrib, Moon sempat berdoa supaya ALLAH bukakan hati perempuan tu pulangkan balik duit tu kalau dia menipu. Setelah kaunter Moon ditutup dan pengiraan dibuat, ada lebihan RM10! Wah, bagaimana itu bisa terjadi? Moon pun tak tahu kenapa jadi begitu. Namun, pengajarannya cukup mendewasakan. Yalah... Moon jadi casher pun 3 hari je. Manalah sangka ada orang nak menipu cara begitu.


Situasi 3

Seorang lelaki berumur lingkungan 40-an datang bertanya pada Moon yang ketika itu ditugaskan menjaga booth.

Lelaki itu: Harga buku-buku ni semua ada diskaun ke?
Moon: Semua ada. Kalau beli ikut pakej lagi dapat murah.
Lelaki itu: RM48 je ke yang ni? (Ditunjukkan pakej trio Mei)
Moon: Ya... (sambil tersenyum menawan)
Lelaki itu: Tak boleh kurang lagi ke?
Moon: Ini dah kira murah ni. Kalau tak harganya RM58.
Lelaki itu: Takkan tak boleh bagi harga lagi murah? Kat Langkawi susah nak cari. Ni nak pos ke sana lagi.
Moon: Harga yang kita jual kat sini dah set dalam sistem. Dah tak boleh nak murah lagi. Kalau encik nak, encik boleh order online aje dari Langkawi. Kos pos pun free.
Lelaki itu: Kalau macam tu saya beli buku ni, lepas tu awak poskan.
Moon: Mana boleh macam tu. Kalau nak pos, kena bayar harga biasa.
Lelaki itu: Apa pulak tak boleh? Saya nak pos pada pegawai KEMAS kat Langkawi ni. Bla.. bla.. bla.. bla...
Moon: Kalau encik tak percaya, encik tanya sendiri dengan staf bahagian langganan. Dia lebih arif lagi. (Moon tunjuk officemate yang berdiri tak jauh dari Moon)

Moon dah pening kepala nak layan kerenah lelaki tu. Banyak betul songeh! Ucapan Moon pada pak cik tu, tolonglah faham keadaan kami yang bekerja hanya ikut prosedur. Kalau kami ni bos, lainlah cerita. Kan?

Macam-macam cerita lagi sebenarnya. Tak larat nak menaip dah. Penat yang ada ni masih bersisa lagi. Moon ada rakamkan detik-detik manis di pesta buku. Boleh dijadikan tatapan. Sungguh... pada pagi hari Isnin lepas Moon sudah rindu nak datang ke pesta buku di PWTC lagi. Huhuhu...


3 comments:

sf said...

Emmm ... memang abg khairul sendiri pun mengalami pelbagai pengalaman semasa menjaga sepanjang pesta buku ni, nnt abg stori ... kadang2 gelihati juga bila terkenang perangai pembeli ni, tapi yg mintak diskaun lebih2 tu mmg kita pun kengkadang naik hangin dibuatnya. Hehehe ...

-Ain-Dak In- said...

salam k moon...
hmm..
tersentuh hati ain baca situasi 1 tu...
tatau la sape akan baca buku utk dorang..
dan betul ke buku tu sama dgn buku yg dorang nak pilih...
aduuuiii...
buta dimata tp celik di hati...
semoga ALLAH merahmatai hidup mereka...
amin..

...:muRn! aQ!La a.k.a mOOn:... said...

hai SF..
sori ek x dtg jmp abg masa pesta buku.
moon x smpt nak rayau2 kat tmpt lain.
nak gak tinjau2 booth org lain.
rasa terkilan betol ni.
huhuhu...

elo ain..
bile awk tersentuh baca situasi tu, maknanye awk ada perasaan ihsan dlm hati.
bagus la..
akk aminkan doa awk tu.