About Me

Sunday, October 18, 2009

Di HujunGnyA... aDa keBahaGiaaN

Sekejap je dah bulan 10. Tak lama lagi bulan 11. Biasanya akhir tahun macam ni, budak-budak sekolah tengah sibuk exam. Moon teringat masa dulu-dulu... masa di bangku sekolah lagi. Comel-comel je masa tu. Cewwahhh...

Masa zaman belajar dulu, kalau sebut je ada ujian, memang menggelabah habis! Baca buku sikit punya tekun dan tawaduk. Kalau boleh, setiap patah perkataan yang ada dalam buku nak dihafal. Masa tu, kalau boleh nak ada kebolehan magik yang macam-macam. Misalnya boleh scan nota-nota hanya dengan menggunakan mata, dan kemudian boleh ditayangkan secara visual bila diperlukan. Perghh... bestnya kalau ada magik macam tu. Tak payah kalut-kalut baca buku.

Sejak dah kerja ni, belum pernah lagi Moon diberi ujian. Tak ada sibuk-sibuk baca nota, nak hafal macam-macam benda. Dah bertahun-tahun dah tak merasa ada ujian. Rasa bebas sangat. Tak rasa dikongkong dengan bermacam-macam pemarkahan, berapa banyak dapat A, lulus tak lulus, jumlah jam kredit, DL tak DL... tu semua dah tak payah nak fikir.

Sebenarnya kita lupa... selagi kita hidup, selagi itulah ada ujian yang mendatang. Ujian, dugaan, cubaan atau masalah... itu semua akan hadir tanpa kita sedar, tanpa amaran, tanpa bau dan tanpa diduga. Malah, cara bagaimana kita nak menghadapi dan menyelesaikannya pun tak tercatat dalam mana-mana nota.

Moon ada ditanya masa kursus ESQ MCB tentang ujian terbesar dan terberat yang pernah dialami sepanjang hidup Moon. Tipulah kalau ada orang yang mengatakan hidup dia tak pernah diuji dan tak ada masalah. Moon mengaku pernah mengalami dugaan yang sampai sekarang Moon tak pernah lupa. Mungkin sampai ke penghujung nafas pun, Moon takkan lupa. Hebatnya dugaan tu, memang sukar nak dilafazkan dengan kata-kata. Ada kala Moon tertanya-tanya, macam mana Moon boleh lalui dugaan sebegitu berat dengan sabar?

Apa dugaan yang pernah Moon hadapi, bukan itu titik fokusnya. Tapi pandang terus ke depan dan cari hikmahnya yang ingin Moon tekankan. Imam Abu Daud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersadba yang bermaksud: Seseorang itu ada baginya satu darjat di sisi ALLAH yang dia tidak akan mencapainya dengan amal ibadat tetapi hanya akan mencapainya dengan ujian yang menimpanya. Disamping itu, kesusahan akan membuatkan dosa-dosanya diampunkan ALLAH.

ALLAH berfirman dalam surah ash-Syarh ayat 5-6 bermaksud: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.

Ya... betul. Memang banyak hikmahnya jika diperhalusi dengan muhasabah. Mengingatkan itu, kering air mata Moon jadinya. Dan Moon rasa, lebih bermasalah jika seseorang itu tak ada masalah. Lagipun, tu semua mengajar kita lebih matang dan mudah bersyukur dengan apa yang kita ada.

Bak kata seorang kawan yang Moon rasa dia sangat baik;
ALLAH dah aturkan jalan setiap hamba-NYA berbeza-beza. Dan setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak sedar. Terima kasih atas kata-kata ni. (^_^)

Dan bak kata Uncle Alan dalam filem Papadom; experience is the best teacher!


-end-

3 comments:

Anonymous said...

manusia dijadikan sebagai khalifah di bumi TUHAN...setiap ujian, cabaran dan rahmat dariNYA ibarat 'doh' yang perlu diadun menjadi satu adunan yang paling baik, sempurna dan istimewa..

apa yang penting..kita sentiasa perlu dekat dengan-NYA untuk meraih kekuatan menghadapinya. dan setiap yang didatangkan itu adalah tanda kasih-NYA pada kita..

bukan namanya hamba jika tiada sebarang ujian yang mendatang...

haiza najwa said...

Comel ker Moon msa kecik? Ha ha ha.

Petikan Al Quran bawah 2 best sgt..btol2 jd pemujuk jiwa dan ada kekuatan yg lahir sesudah mmbcanya..TQ krna berkongsi ilmu sebaik E2.

...: muRn! aQ!La :... said...

anonymous...
thx atas nasihat yg terindah itu.
jiwa yg ada kala digugat, teguh kembali pd pakskinya.

kak haiza...
moon kecik2 dulu comel comot.
wakakaka...
u r welcome!
=D