About Me

Friday, July 6, 2012

...selangkah di HADAPAN...

Tak pernah terfikir pun sebelum ni.
Langsung tak pernah terfikir Moon akan ada website sendiri.
Tak percaya?
Klik link ni: website Moon.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni Moon banyak sangat idea.
Mula-mula Moon nak buat signature sendiri.
Liza, officemate Moon yang manis tu bagi idea dan tolong buatkan.
Moon pilih warna hijau dan hitam.
Favorite color Moon kan warna hijau.  Huhuu.....
Sebab tu Moon nak jugak warna tu.
Serius. Moon suka giler tahap makan aiskrim tengah gurun.
Hahahaa.....



Bermula dari situlah macam-macam idea datang.
Moon dapat idea nak ada jenama sendiri kat baju pulak.
Buat permulaan ni Moon nak jenama kat baju kurung.
Insya-Allah lepas ni mungkin tudung, jubah, blaus, skirt.....
Lepas tu Moon terfikir nak buat T-shirt untuk setiap cover novel Moon.
Dan Moon nak jual sendiri secara online.

Lepas tu dapat idea lagi.
Moon nak buat website sendiri!
Dalam website tu nanti Moon nak jual semua benda tu secara online.
Tapi bukan Moon yang buat la.
Abang Faiz yang buatkan. 
Dah tengok website tu kan?
Comel tak? Hehehee.....

Untuk merealisasikan impian Moon, Benji tolong buatkan label baju.
Daripada signature Moon, dia create design yang lebih sesuai untuk dibuat label.
Tapi masih ikut tema warna yang sama.
Yang ni pun Moon sangat-sangat-sangat-sangat-sangat suka.



Benji jugak tolong buatkan design T-shirt Moon. 
Siap berkolaberasi dengan Liza lagi.
So..... terhasil la T-shirt Sebutlah Namaku, Ucapkan Kau Rindu, Cinta Aku Seadanya dan Ingat Janji Kita. 
Hepi sangat tengok hasilnya.
















Bila dah ada baju kurung label nama sendiri, ada T-shirt cover novel sendiri..... Moon terfikir nak ada kedai sendiri pulak.
Kedai Moon ada kat Tesco Bukit Tinggi.
Bukan kedai sebenarnya, tapi macam stall. Stall tu kat luar bangunan Tesco.
It's okay..... tak salah bermula dari bawah kan?
Tapi bukan Moon yang jaga kedai tu.
Ada pekerja yang tolong Moon jaga. 



Lepas ni apa lagi ek?
Hmm..... nanti Moon fikir lagi. Hehehee.....

Pada kawan-kawan yang sentiasa bagi sokongan dan membantu Moon, terima kasih sangat-sangat. 
Moon bersyukur ada korang semua. 
Apa yang Moon buat, korang mesti sokong.
Alhamdulillah.....
Sayang korang ketat-ketat. 
Muuuaahh!!!

Pada mereka yang mengenali Moon, doakan yang terbaik untuk Moon ya?
Thanks..... (^_^)v

~end~

4 comments:

Kak sue said...

Ok moon insyaallah berjaya:))

secangkir madu merah said...

Good luck Moon.. akak doakan yg terbaek utk Moon agar terus berjaya..

-Ain-Dak In- said...

tanjat tak kite komen kat sini??
kikikiki...
kelassss kau kak moon.

sayang kak moon erat2 jugak la~

...:muRn! aQ!La:... said...

kak sue... thx darling. insya-Allah.


secangkir madu merah: amin ya rabbal alamin.


ain dak in yg buchuk: meh sini nak pelok. hahahaa.....