About Me

Sunday, July 1, 2012

...spain VS italy...

Moon sedang SERIUS.
Jadi sila baca dengan SERIUS.
( wah! serius nyer. hahahaa...)

Sekali lagi Sepanyol ke padang terakhir sebelum dinobatkan sebagai juara.
Tiga kali berturut-turut menjejakkan kaki ke final merupakan satu rekod baru.
Malah 2 daripadanya telah merangkul gelaran juara. Di EURO 2008 dan World Cup 2010. Hebat kan?

Persoalannya, bolehkah Sepanyol mempertahankannya buat kali ketiga?

Pasti ramai yang meramalkan Sepanyol sekali lagi memegang title juara.
Alasannya:
-> Sepanyol pemegang ranking no 1 oleh FIFA. Sedangkan Itali ranking ke 12.
-> Dalam EURO 2012, gawang Sepanyol hanya bolos sekali di tangan Itali ketika di peringkat kumpulan C. Itali pula bolos 3 gol.
-> Gol yang disumbat Sepanyol 8. Itali hanya berjaya menerjah gawang lawan sebanyak 6 kali.

Namun harus diingatkan.
Jangan pandang Itali sebelah mata.
Alasannya:
-> Rekod pertemuan antara Sepanyol dan Itali berpihak pada Itali. 30 pertemuan menyaksikan Itali menang 10 kali, seri 11 kali dan selebihnya kalah.
-> Rekod untuk perlawanan rasmi UEFA/FIFA pula daripada 11 pertemuan, Itali menewaskan Sepanyol sebanyak 5 kali, 5 kali seri dan hanya 1 kali kalah.

Ironinya dalam EURO 2012:
-> Sepanyol dan Itali bertemu pada pembukaan perlawanan untuk kumpulan C dan sekali lagi bertemu untuk penutup EURO 2012.
-> Dan kedua-dua kapten pasukan dipegang oleh penjaga gol. Gianluigi Buffon (Itali) dan Iker Casillas (Sepanyol). Dua-dua keeper ni memang kuat pulak tu.
-> Sepanyol ada pemain yang memang terbaik di dunia. Antaranya Andres Iniesta, Cesc Fabregas, Xabi Alonso, David Silva, Fernando Torres dan lain-lain.
-> Itali pula ada pemain yang memang digeruni. Antaranya Mario Balotelli, Antonio Cassano, Antonio Di Natale, Andrea Pirlo, Claudio Marchisio dan lain-lain.

Kita lihat rekod pertemuan pertama mereka di peringkat kumpulan pula:
-> Keputusan mereka seri 1-1.
-> Possession Itali (40%) Sepanyol (60%)

Jadi bagaimana?
Prediction semakin sukar kan?

-*-*-*-*-*-*-

Moon menjangkakan Itali menang.
Berdasarkan rekod sejak tahun 2002, pasukan yang berjaya menundukkan Jerman di peringkat separuh akhir, pasukan itu la yang akan muncul juara.
Nampak tak sesuatu di situ?
Jerman jadi pasukan kayu ukur untuk pasukan lain.
Well... Jerman memang power.
Hahahahaa.... nak jugak sebut Jerman kat sini.

~end~

No comments: