About Me

Sunday, March 8, 2009

...gEgaraN miNda...

Tajuk kali ni Moon pilih memang saja nak kasi meletop. Entahlah... sejak akhir-akhir ni Moon rasa dalam otak ni macam ada satu yang kembang kecut. Nak diluah, jadi bahan perdebatan yang paling hebat pulak nanti. So, Moon biarkan otak tu terus berleluasa mengawal minda.

Moon masih ingat nasihat arwah abah. Arwah abah pernah kata; salahkan diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Masa Moon kecil, arwah asyik cakap hal ni kat abang-abang dan kakak-kakak Moon. Bila Moon besar, turn Moon pulak dengar benda tu. Sungguh.... nasihat arwah abah tu sangat berguna. Dan arwah selalu ulang nasihat tu berkali-kali mungkin kerana dia nak anak-anaknya ni ambil benda tu melekat dalam kepala sampai mati.


Insya-ALLAH... Moon cuba praktikkan apa yang arwah pesan tu. Kalau berlaku sesuatu perkara yang tidak baik, mula-mula memang Moon berangin. Tetapi lepas tu Moon akan fikir; apa salah yang aku dah buat? Mungkin aku begini, begini... maka akan jadi begitu dan begitu. Sepatutnya aku sedemikian. Barulah jadi yang demikian. Secara tak langsung, Moon memperbaiki diri. Sekurang-kurangnya, Moon tak buat kesilapan yang sama untuk kali kedua.

Tapi Moon pelik. Ada orang yang suka sangat menyalahkan orang lain. Orang lain aje yang jadi sebab kenapa jadi begitu dan begini. Susahlah nak cakap dengan orang macam ni... Ditambah pula dengan sikap buruk sangka yang dah jadi bahan utama dalam diri. Kalau ada apa-apa yang berlaku, sesuka hati membuat kesimpulan yang bukan-bukan. Moon pernah nak nasihatkan. Bila mengenang kawan sendiri dan faham sangat perangainya yang 'cepat ribut', diamkan ajelah... Doa-doakanlah dia sedar suatu hari nanti.

Kadang-kadang kepala Moon makin pening bila sifat tidak reti bersyukur di kalangan mereka terserlah. Rezeki yang sedikit diungkit-ungkit. Menyalahkan orang itu dan orang ini sesuka hati. Disertakan sekali perangai buruk sangka yang macam-macam... Moon tak tahulah nak nak cakap macam mana.

Rezeki itu datang daripada usaha dan keizinan ALLAH. Jadi, perlu ke menyalahkan orang lain atas sebab tu? Kalau ALLAH dah kata nak beri rezeki setakat itu, apa yang perlu kita sebut? Sebut 'alhamdulillah...'. Bukan maki seranah yang membusukkan mulut dan hati sendiri. Kalau rezeki kita sikit, kita sendirilah yang kena berusaha lebih dan lebih lagi. ALLAH akan pandang orang yang berusaha lebih. Dan rezeki yang kita dapat tu insya-ALLAH diberkati.

Sempena kelahiran Nabi Muhammad saw pada 090309, Moon doakan kita semua mula belajar bagaimana nak mencontohi sifat dan sikap Rasulullah yang sangat mulia. Sambutan yang gilang-gemilang dengan perarakan itu tidak berguna jika perangai kita ni hampeh. Jadi, nasihat Moon untuk kita sama-sama amalkan sepanjang hayat... jangan suka menyalahkan orang lain, jangan suka berburuk sangka dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Oh, ya... kepada sesiapa yang lahir pada hari ini, 080309... Moon ucapkan semoga dirahmati ALLAH, dimurahkan rezeki dan berbahagia di dunia dan akhirat hendaknya. Amin...


2 comments:

Anonymous said...

Gegaran minda ni disebabkan duduk di bangunan yang sedang direnovate ni, bukan takat bergegar minda, otak pun bergegar ... akekeke

...: muRn! aQ!La :... said...

SF....
kalo otak dah bergegar, pyh skit.
bleh lari tune.
jaga2 ha...