About Me

Sunday, May 10, 2009

...JikA aDa KaSih...

Seorang wanita yang mempunyai anak walau dipanggil apa sekali pun sama ada mama, umi, mummy, ibu, bonda... dia tetap seorang insan yang amat patut dimulia. Menyingkap pengorbanan mereka ketika mengandungkan, menahan kesakitan demi kesakitan selama mengandungkan, bertarung antara hidup dengan mati semasa melahirkan, kemudian menanggung kesakitan yang amat selepas saja melahirkan, tidur mereka pada waktu malam sering terganggu kerana berjaga, memberi sepenuh perhatian yang sukar nak diungkap dengan kata-kata... tak tersenarai jasa mereka.

Mengenangkan semua itu, patut ke kita melukakan hati insan mulia ini? Sanggup ke kita melihat dia menangis kerana kita? Tergamak ke kita datang padanya bila ketika kita memerlukan saja? Dan langsung tak peduli bila dia tak diperlukan? Sampai hati ke kita menyuruhnya membuat itu dan ini demi kesenangan diri sendiri? Pernah ke kita rasa dia tak perlukan perhatian dan kasih sayang kita? Tolong jangan jawab 'ya' pada semua soalan ni.

Bersyukurlah kerana masih ada ibu. Jika benar ada kasih untuk insan yang bernama ibu, bukan ucapan semata-mata yang perlu dilafazkan... tetapi tunjuklah dengan sepenuh dan seikhlas hati, selagi dia masih bernyawa. Kerana insan yang tak pernah merasa kasih sayang seorang ibu sering meratap hiba mengharap ada seorang insan menjelma sebagai ibunya...

Selamat Hari Ibu untuk Fatimah Kariman, Rahmah Abdul Samad dan Halifah Sentol. Anda semua seorang ibu terbaik di dunia. Dan budi yang patut dibalas masih terlalu sedikit. Maaf kerana diri ini sedang berusaha menambah setiap budi itu. Tak tahulah bila ia dapat membalas jasa-jasa yang dicurahkan. Sesungguhnya, ALLAH jua Yang Maha Pemberi Balasan.

2 comments:

-Ain-Dak In- said...

selamat ari ibu!!!!!!!!!!
hehehehe...

...: muRn! aQ!La :... said...

ain dak in..
samat ari ibu gak..
tp utk mak awk la.
lalalala..