About Me

Sunday, May 17, 2009

...beLaJar uNtuK beLaJaR...

Semalam, pagi-pagi tengok TV ada bual bicara tentang Hari Guru. Dah lama tinggalkan alam sekolah, lupa Hari Guru bila. Dan banyak ucapan untuk cikgu ditujukan melalui panggilan telefon atau SMS. Bila sebut pasal cikgu, Moon memang tak pernah terbabit dengan profesion sebegitu. Tak ada gaya langsung! Tapi Moon akan teringat zaman-zaman persekolahan. Ah, rindunya pada zaman itu...

Moon rasa bukan Moon sorang je yang kalau boleh nak kembali semula jadi budak sekolah, mesti semua orang rasa apa Moon rasa. Best betul jadi budak sekolah ni. Walaupun tiap-tiap hari pakai uniform, tapi dengan uniform tulah kenangan jadi lebih manis. Nama aje pakai uniform, siap ada fesyen sekali tu. Zaman Moon sekolah menengah dulu cukup popular dengan fesyen kain meleret menyapu lantai. Gaya princess pakai gaun labuh la konon. Wakahahaha... Baju pulak paling labuh pun paras lutut. Biasanya atas lututlah. Lengan baju mesti lipat paras separuh lengan. Tudung tajam hujungnya tak mainlah. Semua jenis bulat depan belakang. Jangan tak percaya, Moon pakai kasut sekolah yang tebalnya 2 inci! Yang pelik, ada pulak yang jual kat kedai tu.

Macam mana? Boleh bayangkan imej rugged Moon masa tu? Wakahaha... Teruk betul Moon masa dulu. Mudah terpengaruh dengan budaya fesyen yang entah apa-apa entah. Mak Moon memang bising tengok anak dia ni pergi sekolah dengan gaya tu. Tapi Moon buat dek aje. Bila cikgu buat spotcheck, kelam-kabut gulung kain bagi singkat sikit. Lepas tu, mengheret lantai balik.

Ramai cikgu sekolah yang Moon masih ingat lagi. Antaranya Cikgu Sulaiman, Cikgu Rashid, Cikgu Samad, Cikgu Masuri, Cikgu Zainal Abidin, Ustazah Zaleha, Cikgu Asiah, Cikgu Mohd Nor... dan ramai lagilah! Dan ramai juga yang Moon dah lupa nama dan rupanya. (Ceh, tak patut betullah Moon ni...) Moon pernah bersekolah di 4 sekolah. Jadi, cikgu yang mengajar Moon rasanya berpuluh-puluh banyaknya. Tu yang Moon ingat-ingat lupa. Maaf ya, cikgu-cikgu... Moon nak bubuh gambar-gambar zaman sekolah dulu. Tapi bila upload, warna gambar tu lintang-pukang. Biru jadi oren, putih jadi kuning, coklat jadi merah. Aduyai... tak dapatlah nak kongsi tengok.

Jasa insan yang dipanggil cikgu ni memang wajar dikenang. Sebab Moon rasa mereka bukan saja mengajar subjek di sekolah semata-mata, malah mereka mengajar tentang hidup, disiplin, kejujuran, nilai diri dan macam-macam lagi. Tapi Moon tak boleh blah dengan cikgu yang pilih kasih. Tolonglah! Cikgu yang ada sikap macam nilah yang buatkan pelajar rasa tak semangat nak belajar. Sesiapa yang bergelar cikgu tu, Moon harap tak ada sekelumit perasaan pun nak lebih-lebihkan pelajar yang dia suka saja. Tak elok ada sikap macam tu!

Untuk semua cikgu yang pernah kenal Moon, pernah mengajar Moon... terima kasih banyak-banyak. Anda telah menyumbang sesuatu yang baik untuk sesuatu yang baik kepada yang lebih baik. Dan bagi Moon, cikgu yang paling terbaik ialah pengalaman. Dengan pengalamanlah kita diajar tentang sesuatu yang kita tidak tahu, belajar perkara yang ingin kita tahu dan mengajar akan hal yang kita mesti ambil tahu.

3 comments:

-Ain-Dak In- said...

hehehehe...
seeellllaaaaamaaattt paaagiiiii.....ZZZzzzzZZ
huhuhuhuhuhu,...

kompom skolah k moon menang skolah terbersih..
muahahahaha....

[rania firdaus] said...

salam, kak.. hehe.. nasib baik akak tk skolah kat skolah sy dulu.. kalo tk musti abis kain akak kena gunting.. mmg kitorg slalu gunting kain yg labuh2 tu.. pastu sape yg pakai jilbab singkat kena tukar pakai tudung itam sampai waktu balik.. haha..

...:muRn! aQ!La a.k.a mOOn:... said...

ain..
bersih gak la skolah akk..
balik rmh tgk dlm kain ada ntah ape2 ntah.
wakakaka....

hai rania...
lepas ni kalo jmp rania, mesti ada gunting dlm beg dia.
uwaaa... takotnyer..
lari!!!