About Me

Tuesday, August 25, 2009

...peRasaaN iNi...

Ramadan datang lagi... penuh dengan rasa ketakwaan untuk memenuhi kewajipan pada agama. Sedar tak sedar, sekejap saja masa berlalu. Mujur Moon dah ganti puasa tahun lepas awal-awal lagi. (Orang perempuan memang suka ponteng puasa. Wakakaka...)

Moon tak harapkan apa-apa selain kesihatan yang baik untuk menjalani bulan yang mulia ni dengan penuh ketenangan. Memang merisaukan bila kematian demi kematian meningkat ketika Ramadan mula nak menjengah akibat terkena jangkitan H1N1. Moon pun dah membayangkan yang bukan-bukan berlaku.

Namun, kuasa TUHAN tak ada sesiapa pun dapat menandingi. Ketika cahaya Ramadan menampakkan diri, hilang terus kisah bilangan maut yang mengundang. Syukur alhamdulillah... Lega perasaan Moon yang gundah-gulana. Dan berganti perasaan tak sabar-sabar nak melalui bulan yang menginsafkan Moon ni.

Di ruang yang menjadi medium Moon berbicara ni, Moon ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua, meneguhkan iman di setiap hati insan. Amin...

*****

Melangkah setapak sebelum menjelang Ramadan, suasana ofis Alaf dah macam tongkang pecah. Antara orang yang menyebabkan ofis tu jadi macam tu ialah Moon sendiri. Wakakaka... Jangan salahkan Moon. Moon cuma membantu mana yang termampu.

Berkecah satu ofis bila kita orang menyiapkan props untuk pelancaran 5 novel Aleya Aneesa. Ada yang kata macam pelamin. Kalau nak tahu, kita orang pun sebenarnya sedang cuba 'membina' pelamin yang betul kat ofis tu. Siapa bakal pengantinnya? Rahsia... Ahak!


Perasaan
Moon mestilah berbunga-bunga. Siapa tak gembira bila tengok teman sepejabat gembira? Sebagai sahabat, tiada yang lebih bermakna melainkan kami berdoa yang baik-baik je untuk mereka berdua tu. Oopsss... tak boleh komen lebih-lebih, nanti ada yang merajuk. Wakakaka...

Berbalik pada majlis pelancaran yang diadakan di Hotel UiTM pada 19 Ogos 09 yang lalu, suasananya cukup indah. Kehadiran Erra Fazira melengkapkan acara. Pergh... Erra memang hot mama. Comel gila! Apa-apa pun, tahniah untuk Aleya. Moon tumpang perasaan bahagia melihat keluarga Aleya datang memberi sokongan. Semoga dapat menghasilkan novel demi novel yang berkualiti.

Err... ruang untuk gambar kat sini terhadlah. Tengok kat myspace Moon ek? -Klik sini-

*****

Dua-dua perasaan Moon kat atas tak sama dengan perasaan Moon yang satu ni. Entahlah... tak ada gambaran yang dapat mengulas dengan tepat apa yang Moon rasa. Moon tak pernah merasa perasaan sebegini sebelum ni.

Bagi sesiapa yang dah kenal dengan Moon, mesti tahu sikap Moon yang tak suka berkira. Kalau ada yang minta tolong, Moon akan tolong selagi boleh. Moon jenis yang tak kisah sangat pasal ni. Apalah sangat pertolongan Moon yang tak seberapa tu.


Tapi bila ada seseorang meminta pertolongan Moon untuk orang lain yang berbentuk kepentingan peribadi mereka, hati Moon jadi panas. Terasa diri Moon menjadi alat untuk dipergunakan. Hancur berderai hati Moon ni tak tahu macam mana yang bayangkan. Moon sangat-sangat kecewa, terus merajuk dengan orang tu.


Selama ni Moon tak pernah berkira dengan dia. Tapi bila dia seolah-olah 'gunakan' Moon untuk kepentingan seseorang yang Moon tak kenal, apatah lagi alasan pertolongan tu memang tak logik, ditambah lagi untuk kepentingan peribadi mereka... apa perasaan yang sepatutnya bergelora dalam hati Moon? Dahlah dia tu antara orang yang Moon sayang. ;-(


Moon tak boleh fikirkan pertolongan-pertolongan Moon pada dia sebelum ni jika dia hanya anggap Moon sebagai 'alat' semata-mata. Pedihnya jiwa ni nak terima kenyataan tu...


Dia dah minta maaf pada Moon. Dan Moon sebenarnya dah maafkan dia. Mungkin dia belum matang dan tak sedar yang perbuatan dia tu melukakan hati orang lain. Oleh kerana hati Moon dah terluka, ia mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Juga bergantung pada cara 'rawatannya'.


Apa yang pasti,
perasaan Moon sekarang cepat mendidih bila dengar perkataan 'Putra'. Dan juga 'Putrajaya'. Menyampah!

-end-

6 comments:

-Ain-Dak In- said...

eiii..lawonye kanda2 kat bawah ni..

yg pakai baju oren tuh comel,yg pakai paju putih tu cun melecun...err..
ada sesape tertinggal lg x??
hmmm...
lalalalalala~~~

- memang sakit ati kalau terasa dipergunakan.. hope kak moon sabar ek. sikap dan sifat org berbeza2..
tp mak ain selalu cakap, rupa bentuk kita memang xleh ubah dah(melainkan plastic surgery),
yg boleh ubah cuma sikap kita. dari buruk ke baik dan dari baik ke lebih baik.

jadi kak moon, budak baik mesti tabah.
*wink*

Anonymous said...

ahuk!ahuk! terbatuk lak...moon tgh bina 'pelamin' sape? eh?:p boleh kerr?? *wink*


apapun, budak baik mesti tabah...memaafkan itu terapi kebahagiaan...:)

jaga diri tau...sayang mu..kem salam kat 'pengantin' tu ek? ekekekeke.....

tata....

Unknown said...

erm...sabar ye kak moon:)

H Nj said...

huuh..kuat merajuk lak budak ney..'istighfar', 'istighfar' bak kata dong Ginanjar yerr..

...: muRn! aQ!La :... said...

hai ain..
wakakakaka...
xpe2.. x kene puji pun masih bleh control ayu..
bgtau mak thx atas nasihat tu.
sejuk da ati ni..
kan budak baik mesti tabah?
wakakaka...


anonymous..
ni tanye pengantin nape ni?
cam terasa lak.
wakakakaka...
ape2 pun.. terubat luka ati ni.
mmg betul.
lepas memaafkan & meminta maaf, rasa bahagia je.
terapi yg sgt bgs.. =D


thx huda..
kerana sabarlah akk dpt memaafkan org tu.
malah berbaik semula mcm biasa.
forgive n forget is better.

kak haiza najwa..
wakakaka...
istighfar byk2..
rundukkan wajahmu!
itulah kenangan yg menginsafkan.

...: muRn! aQ!La :... said...
This comment has been removed by the author.